Thursday, November 5, 2009

Baby Walker in Danger???

Hurmmm........ Betulkah sampai begitu dasyat kecederaan dan akibat daripada penangan baby walker ini sehingga begitu banyak sekali artikel yang menyatakan baby walker ini tidak sesuai untuk digunakan oleh baby!!!

Ruang untuk kecederaan kepada baby bukannya hanya terletak kepada baby walker sahaja, katil baby contohnya, boleh mendatang bahaya juga. Pengawasan daripada penjaga yang perlu dipertingkatkan sebenarnya..

Sekiranya baby dimasukkan ke dalam walker nya, maka baby tersebut tidak boleh terus ditinggalkan begitu sahaja, penjaga baby mestilah sentiasa mengawasi pergerakan baby terutama apabila lantai rumah tidak sama tingginya.

Kebanyakan kes yang berlaku sehingga menyebabkan kecederaan yang serius adalah apabila si penjaga terlalai seketika sehingga baby tersebut terjatuh dari tangga, lantai yang tidak sama tinggi dan halangan lain sehingga menyebabkan baby walker nya terbalik...

Setakat ini walker (no brand) yang digunakan banyak membantu dalam menguruskan baby dan aktiviti di rumah. Namun begitu, mata ini tidak terlepas dari sentiasa memandangnya..



Baby anda tidak tahu kesan dan akibat dari apa yang dilakukannya, si kecil ini hanya mengikut nalurinya sahaja.....

Adakah baby anda pernah mengalami kecederaan dengan baby walker ini ???

1 comment:

  1. mmg kna bjage2..
    baby walker bkn mende idup yg tau bby tu wtpe..
    even ltk baby 2 dlm baby walker pun still kna careful..

    ReplyDelete