Sebagai orang dewasa, kita sudah sedia maklum tentang kebaikan dan manfaat daripada menabung ini. Namun begitu, tidak kepada anak-anak kita yang masih kecil. Mereka ini memerlukan panduan dan tunjuk ajar terutama dari kedua ibubapa nya.
Oleh itu sebagai ibubapa yang berpandangan jauh dan ingin mendidik anak mereka menabung, maka di usia kanak-kanak inilah perlu diberi galakan dan dorongan....
Bagaimanakah caranya untuk menggalakkan mereka menabung?
Diantara cara yang termudah adalah dengan menyediakan satu tabung yang boleh menarik minat (rekabentuk yang menarik) mereka contohnya seperti di bawah :
.jpg)
Selain itu, ibubapa juga boleh memberikan insentif dan galakan dengan meletakkan sejumlah wang sebagai permulaan kepada aktiviti menabung tersebut. Galakan ini akan mendorong minat anak-anak untuk menambahkan lagi jumlah wang yang sedia ada..
Setakat ini sahaja dahulu, semoga amalan ini menjadi sebati dengan diri kita semua demi masa depan yang lebih baik. Good Luck

No comments:
Post a Comment