Thursday, November 5, 2009

Remote Tv ??? Kunci Kereta???

Hehe.. Antara remote tv dan kunci kereta, siapa yang tak kenal? Pastinya semua orang kenal, bahkan budak kecik 2, 3 tahun pun boleh bezakan antara remote tv dan kunci kereta..

Kejadian ini berlaku ketika waktu petang, time tu baru saja balik dari kerja... Bila dah sampai umah, nak rehat kan badan jap, so duduk dulu depan tv, relex-relax.... baring-baring sambil tukar-tukar channel cari kot-kot ada cerita best...

Tengah asyik dok tukar-tukar channel, entah bila terlelap pun tak tahu.... Sedar-sedar saja dengar suara isteri panggil. Dia minta ambilkan barang baby dalam kereta..

Dalam keadaan mamai, dengan remote tv masih di tangan... Aku pun bangun perlahan-lahan terus bukak pintu rumah. Kemudian aku pun tekan 'button' kat tangan aku tu.... Aku rasa pelik, kenapa tak keluar bunyi lock kereta. Aku tekan lagi, sama saja. Aku dah panik... Dalam hati aku berkata, 'alamak kereta ni ada problem ka??'

Oleh kerana tidak puas hati, aku cuba kali ketiga... dan kali ini aku angkat tinggi sikit tangan aku. Baru aja aku nak tekan button untuk kali yang ke-3.... barulah aku terperasan yang di tangan aku tu sebenarnya adalah remote tv..... Patut la tak boleh unlock keta tu.... hehe

Time aku pusing nk masuk balik dalam rumah nak amek kunci kereta, aku perasan jiran depan rumah aku memerhatikan gelagat aku. Aku rasa dia tersenyum-senyum saja tengok gelagat aku... Aku terus control macho, macam tak ada apa-apa yang berlaku, padahal dalam ati.... aduss.. malu nya rasa....!!!!

Masuk saja dalam umah terus aku ketawa sorang-sorang, pelik pula isteri aku tengok gelagat aku.. Apa-apa pun aku sudah terkena!!!




p/s : jangan biarkan diri anda tidur bersama dengan remote tv....huhu

Baby Walker in Danger???

Hurmmm........ Betulkah sampai begitu dasyat kecederaan dan akibat daripada penangan baby walker ini sehingga begitu banyak sekali artikel yang menyatakan baby walker ini tidak sesuai untuk digunakan oleh baby!!!

Ruang untuk kecederaan kepada baby bukannya hanya terletak kepada baby walker sahaja, katil baby contohnya, boleh mendatang bahaya juga. Pengawasan daripada penjaga yang perlu dipertingkatkan sebenarnya..

Sekiranya baby dimasukkan ke dalam walker nya, maka baby tersebut tidak boleh terus ditinggalkan begitu sahaja, penjaga baby mestilah sentiasa mengawasi pergerakan baby terutama apabila lantai rumah tidak sama tingginya.

Kebanyakan kes yang berlaku sehingga menyebabkan kecederaan yang serius adalah apabila si penjaga terlalai seketika sehingga baby tersebut terjatuh dari tangga, lantai yang tidak sama tinggi dan halangan lain sehingga menyebabkan baby walker nya terbalik...

Setakat ini walker (no brand) yang digunakan banyak membantu dalam menguruskan baby dan aktiviti di rumah. Namun begitu, mata ini tidak terlepas dari sentiasa memandangnya..



Baby anda tidak tahu kesan dan akibat dari apa yang dilakukannya, si kecil ini hanya mengikut nalurinya sahaja.....

Adakah baby anda pernah mengalami kecederaan dengan baby walker ini ???

Ringgit oh Ringgit

Wang, Duit, Money, RM dan sebagainya... Siapa yang tidak mahu??? Angkat tangan..!! Hehe sudah pasti tidak ada yang mahu angkat tangan. Itulah realitinya, mahu tidak mahu ianya merupakan salah satu perkara terpenting yang sentiasa dikejar-kejar oleh sebilangan besar manusia terutamanya zaman sekarang.

Hampir kebanyakan perkara yang kita lakukan memerlukan wang. Contohnya apabila masuk sahaja ke dalam kereta, start saja enjin kereta bermakna wang anda akan keluar sebentar lagi... Bayar tol, minyak dan sebagainya. Itu baru kereta.. Belum yang lain-lain lagi...Jadi, bagaimanakah kita mengurus kewangan kita yang itu yang perlu diberi penekanan dan kelebihan kepada kita untuk berdepan dengan "wang" ini.

Pastikan setiap bulan ada diperuntukkan untuk simpanan. Orang selalu cakap, wang boleh dicari.. nyawa tiada gantinya. Adakah begitu senang untuk mendapatkan wang?? huhu terpulang pada caranya, yang pastinya " fast come, fast out " dan sebaliknya.




Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terjumpa Rm 2.10 ini di dalam Perpustakaan Awam ???

Tabung oh Tabung

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Cara dan kaedah menabung sebenarnya tidak terbatas dan terpulang kepada individu tersebut.

Sebagai orang dewasa, kita sudah sedia maklum tentang kebaikan dan manfaat daripada menabung ini. Namun begitu, tidak kepada anak-anak kita yang masih kecil. Mereka ini memerlukan panduan dan tunjuk ajar terutama dari kedua ibubapa nya.

Oleh itu sebagai ibubapa yang berpandangan jauh dan ingin mendidik anak mereka menabung, maka di usia kanak-kanak inilah perlu diberi galakan dan dorongan....

Bagaimanakah caranya untuk menggalakkan mereka menabung?

Diantara cara yang termudah adalah dengan menyediakan satu tabung yang boleh menarik minat (rekabentuk yang menarik) mereka contohnya seperti di bawah :





Selain itu, ibubapa juga boleh memberikan insentif dan galakan dengan meletakkan sejumlah wang sebagai permulaan kepada aktiviti menabung tersebut. Galakan ini akan mendorong minat anak-anak untuk menambahkan lagi jumlah wang yang sedia ada..

Setakat ini sahaja dahulu, semoga amalan ini menjadi sebati dengan diri kita semua demi masa depan yang lebih baik. Good Luck

Spaoh.... yang jauh

SPAOH... tempat aku memulakan karier... tempat yang menarik dan indah... tenang, aman dan mendamaikan..

Blog ini dihasilkan untuk berkongsi pendapat dengan bloggers yang lain.

Ianya akan menjadi kenangan yang perlu aku simpan untuk kemudian hari... kalu nk tulis diari aku tak dak masa... So memblog lah pilihan yang aku ada. huhu

Kalau on/off pc ni memang aku ada banyak masa..hehe. Cari info la katakan...

So setakat ini dulu, nanti-nanti kalau ada masa aku upload pic yang best khas untuk bloggers semua dari Spaoh yang jauh ini.. Salam..